penulis ini

My photo
batu pahat, johor, Malaysia
"aku boleh diumpamakan seperti melangkah membelah hujan panas.lusuh jiwa tedampar menadah harapan terakhir"

Monday, April 27, 2009

kau kena bahagia

"aku nak kau hidup baik-baik,hidup bahagia dan makan banyak-banyak..."

kalau kata-kata ni memang mampu buat aku berhenti dari menangis,memang sangat-sangat betul.mungkin aku je bodoh mengharap kepak tumbuh dibelakang aku tuk membolehkan aku terbang tinggi yang nyata itu semua hanya angan-angan...


kelmarin teringin sangat tuk aku post tulisan aku masa zaman kanak-kanak dulu tapi tetiba ada sesuatu yang membuat aku tersentak untuk terus mem'post' kan tulisan aku tu.mungkin lain kali,bila aku memang sangat mahu menghabiskan segalnya di depan tetingkap ne,melayari segala laman sesawang yang sangat-sangat menyenangkan hati..mungkin nanti aku post..


hari ini aku tak berapa penat kerja,patutnya tadi aku terus ke KL untuk hadir seminar tapi sebab tadi memang aku sangat-sangat malas nak ke KL jadinya macam-macam alasan aku beri pada boss aku..heheh..terlepas juga..


pointnya aku malas ke KL sebab pergi bertiga dengan officemate aku,tu aku x kesah la lagi,tetiba ada sorang mamat ne bleh plak je ckap "kalau awak nak pergi nanti naik keta saya jea,keta saya keta VIVA"


adehhh..ada aku heran dia naik keta apa ke?terus-terus nak menceritakan segala 'kekayaan'nya kat situ-situ gak...perghhh..memang panas nak tegok orang macamne...tuk menutup mulut 'busuk' dia..terus aku cakap...
"maaf la,saya hari-hari datang office naik bas smpai simpang empat depan tu,pastu saya jalan kaki je sampai office,saya memang miskin x da keta tapi saya memang tak suka naik keta kecik-kecik ne,maklum la dah biasa naik bas,besarrrrrrrrrr...,ada driver lagi,maaf yea,saya nak pergi lunch ne.."


dengan muka agak ketat,mamat tu memandang aku..lantas aku pergi meninggalkan kawasan perbincangan tu dan secara automatiknya menunjukkan aku memang tak mahu ke seminar berkenaan.kemudian terpaksala aku mengadap boss aku tuk memberi 1001 alasan yang logik akal 'KENAPA AKU TIDAK MAHU KE SEMINAR'...dan 'logik-logik' ku diterima baik oleh boss aku...


hehheeheh

Friday, April 24, 2009

panggilan tak berjawab

"22 panggilan tidak berjawab"

Tersengeh aku menatap paparan di telefon bimbit ku.Ha padan muka mau terus tidur tadi.Persetankanlah,dasar aku malas mau bangkit dari tidur.Bukan kamu mati pun kan aku tidak datang kerja hari ni.

Masih lagi busuk,terus aku menatap tetingkp ini lagi.Owh sebentar lagi maghrib tapi aku punya alasan yang membenarkan aku terus menatap tetingkap ni (ya,sifat perempuan).Yeah..kejap lagi aku mau tulis semula cerita-cerita aku yang pernah aku tulis dulu,lama dulu..

Aku tulis semasa aku darjah 6 sek agama,kamu tahukan johor memang punya sekolah agama sessi petang.Cerita ni umpama penulisan pertamaku,mungkin ayat-ayatnya agak hodoh,kamu boleh tegur sebab aku memang suka ditegur.Aku menulis saat aku bosan mendegar subjek munakahat yang dibicarakan...hei kamu tahu munakahat itu belajar apa?..hehehe..

Aku mau mandi,nanti aku sambung...



Sebab aku rasaaku dah busuk...

tidur-tidur ayam

Busuk betul aku ni.Malas macam apatah tapi aku bukan pengotor ya kawan-kawan.Nanti bila aku bersolek sakan kau kata aku buang tebiat..hahah.Pernah pula kau nak puas hati dengan apa yang aku ada.

Mukadimah je tu.Aku terbabas tidur hari ni,officemate aku call minta aku datang halfday. Hahahah..sungguh raja aku ini,apa kalau aku tak datang company rugi juta-juta ke? Aku bukan pemegang saham ke,anak menteri yang duit berkepuk-kepuk,aku cuma kuli yang mencari duit sesen dua untuk kelangsungan hidup yang sering aku terbawa-bawa dalam tidur.Oh walaubagaimanapun aku akan tetap bersyukur..

Hei malasnya aku nak mandi,kan seronok jika seharian mengetik papan kekunci ni dari tetingkap keluar duit berkepuk-kepuk.Ya..ya aku juga tergolong dalam kategori mat jenin separuh,apa aja yang boleh membuatkan aku tersenyum saat ini,ya dari hasil angan-angan untuk diri sendiri.Ini kan cerita-cerita tentang aku.Rasanya air dah penuh tu,haruskah aku mandi sekarang ?..ishk dah mandi nanti nak pakai baju apa ya?..hari ni kan hari jumaat,biasanya sinonim dengan baju kurung...tapi aku belum pernah jadikan satu 'tradisi' . Rasanya lebih selesa berpakaian seperti 'aku'.

Tapi aku lapar la.Apa pulak aku nak makan lepas mandi sebelum ke tempat kerja ni?..
atau..
apakata aku 'off' hp sambung tidur balik?..malas aku harini...jom tidur..
hahahha...

pagi sudah!!!

aduh,seharian aku belum mampu melelapkan mata.Kenapa amat sukar aku hendak tidur ni,esok kerja.Cehhh,nampaknay terpaksa aku minum kacip fatimah lagi esok.Adeh,malas betul aku.bilik dah la bersepah,kepala kusut dah aku ni. Apa aja aku fikirkan.Cehhh.. macam-macam semuanya.Tapi serius hari ni memag satu hari aku tidak mempunyai perasaan. Seharian mengadap 'tetingkap' ni,Naik bilau mataku....tapi demi mencari diriku yang sebenar..aku teruskan juga..hehehhe..asalkan aku tidak kosong..aku bosan kepala aku ni kosong,nnti jadi macam-macam aku fikir..adesss...jadi sanggup aja aku melayari apa-apa aja laman sesawang yang berfaedah...hahahah...jap..aku nak makan jap..lapa la..nnti aku tulis lagi..cerita-cerita tentang aku...

detik malam

hari ni,hari pertama aku bagi aku membuka bicara lagi.dulu aku pernah menulis.2005 mungkin waktu itu aku ghairah menulis hingga lupa pendirian yang pernah aku pegang. telus dalam menulis. kini aku cuba hadir kembali 3 tahun aku menyepi.mungkin 3tahun ini cukup untuk aku menilai segala kemungkinan dalam hidup ini. ceh..sungguh banyak masa telah aku bazirkan.umpama tumbesaran yang terbantut..
hei aku dah bosan tentang dasar hidup yang mempunyai rasa diabaikan,keseorangan,gagal,kusut,hipokrit...biarkan jariku terus menekan-nekan papan kekunci ini tapi masih telus yang segalnya dari hati aku.

kita berjumpa lagi.

-duriMerah-